Tuesday 21 July 2015

8 Skrip Closing Jika prospek anda menolak untuk join


Jika anda pernah lakukan table talk untuk dapatkan ahli join bisnes Tone Excel ni, mesti pernah terima banyak penolakkan dari mereka, bermacam-macam alasan di berikan untuk tidak mahu sertai anda.

di bawah ini saya akan kongsikan kepada anda 8 skrip yang boleh digunakan ketika anda sedang cuba closing mereka untuk join bisnes Tone Excel ini :





1. Saya tak ada duit lah ..? 
Jawapan:  Hujung bulan ni abang ada duit ? Bulan depan ? bulan depan lagi sekali .?
bila abang ada duit ? Pasal tak ada duit la saya ajak abang join .. Berapa tahun dah abang bekerja ? 2 tahun ? 5 tahun ? Kalau 5 tahun kerja pun abang tak boleh saving dalam RM100, baik abang jangan kerja bang. Buat bisnes je mcm saya ni, sehari pun boleh dapat RM100.

2. Saya tak pandai cari orang la ..? Jawapan : Kalau saya tunjukkan 20 rahsia macamana cari orang abang mau tak ? Cuma cari minima 2 orang saja yang betul2 mahu ubah hidup, mau kaya, mahu senang, mahu bebas hutang, mahu buat bisnes betul-betul dari 28.3 Juta rakyat Malaysia ni macam abang. Yang nak main-main, yang tak percaya biarkan mereka tu.. U say NO , I say NEXT .. !

3. Nak kena cari orang ke ni ..? 
Jawapan : Abang tau tak kenapa orang kaya bertambah kaya ..?
Sebab orang kaya buat apa yang orang miskin tak suka buat.. kita jangan cari orang yang banyak alasan bang.. cari orang yang inginkan perubahan dalam hidup, yang nak kaya.. yang nak jadi usahawan.. ramai tak kawan-kawan kita kat luar sana yang nak bayar hutang, gaji tak cukup, kereta belum habis bayar lagi.. ? Cari orang-orang yang macam ni bang.. ada orang cari tin kosong, besi buruk, kutip sampah untuk sara hidup.. kita cari orang bang, BUKAN CARI SAMPAH.. apa yang nak di malukan, betul tak ? lagi pun semua jenis perniagaan & bisnes memerlukan orang untuk kita terima wang, cuba kalau saya suruh abang cari Beruang, tak ke garu kepala nant.. ? haha :-D

4. Ni skim Cepat Kaya ke ni ? 
Jawapan : Skim tu apa ..? Ini bisnes bang, bisnes yang boleh bagi lebih cepat kaya. Abang nak bisnes yang cepat kaya ke atau cepat miskin ? Mana ada orang nak join bisnes CEPAT MISKIN kan ? Lagi pun kalau ni skim cepat kaya tak kan kerajaan nak luluskan Lesen ( tunjukkan lesen SSM / Sijil yang berkenaan )

5. Kalau orang tak mau join macam mne ?
Jawapan: itu masalah dia bang, bukan masalah kita.. yang nak ubah hidup dan nak berjaya ni kita.
Kita offer untuk bantu dia, bukan dia yang bantu kita, betul ke tidak bang ?
Ada berlambak lagi orang yang sedang cari, sedang tunggu peluang macam kita ni bang. Tuhan tu adil bang. Dia jadikan air & api, daratan dan lautan, hitam dan putih, yang nak join dan yang tak nak join. Cari orang yang nak join sampai jumpa. Ini cabaran kita dalam bisnes, kalau ajak semua orang, semua orang join senang lah hidup, semua orang jadi kaya.. haha :-D  betul tak ..?

6. Ni dapat duit hari-hari ke ? 
Jawapan: Kalau abang buat , abang dapat duit hari-hari. Ada kerja ada duit, ada bisnes, ada lah untung. Ini bukan Skim Cepat Kaya. Bagi duit lepas tu duduk diam tunggu duit masuk. Macam dalam akhbar, dalam berita tu haram tu bang. Kata tak nak Skim cepat Kaya tadi..? Abang boleh duduk diam-diam kat rumah bila rangkaian abang dah besar, dah boleh bergerak sendiri macam mne abang buat sebelum ni..DUPLIKASI namanya.. lagi pun ni bisnes simkad, hari-hari orang guna , hari-hari lah abang akan dapat komisen. tapi bonus dan komisen akan di bayar 3 kali dlm sebulan terus masuk ke dalam akaun Bank abang.

7. Penyata income ni kawan kamu punya, kamu punya mana .? 
Jawapan : Kalau abang join hari ni, lagi 3 hari saya tunjukkan penyata saya. Saya baru je join bisnes ni, mana ada orang baru start kerja dah dapat slip gaji terus, baru start kerja kan ? 

8. Saya dah join macam-macam syarikat, tapi satu pun tak dapat duit..!!
Jawapan: ada dua sebab kenapa orang tak dapat duit bang, dia tak dapat sebab dia tak buat. Kenapa dia tak buat, sebab dia tak dapat duit, dia tak nampak duit tu. Macam mana nak nampak duit kalau tak buat langsung ?? Betul tak bang? Abang buat bersungguh-sungguh tak masa abang join bisnes di syarikat lama tu ..? dalam apa jua bisnes memerlukan kita buat promosi, buat kerja, lakukan apa yang upline yang buat. jangan duk diam je tak promot langsung, tak kongsikan langsung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. mereka pun ada keinginan nak dapat duit macam abang juga.. mana tau kan ?

9. Saya tak pandai cakap lah ?? 
Bagus lah tu, saya pun tak pandai juga cakap, saya cuma promosikan bisnes ni secara online je, hari-hari buka fesbuk daripada kita bercerita benda yang tak berfaedah lebih baik abang buat iklan di fesbuk, tak payah keluar suara pun, taip je.. boleh copy paste dari wall saya / kawan-kawan yang lain.

Nak Belajar PROMOSI secara ONLINE di rumah menggunakan teknik PRO ..? 
sila download EBOOK PERCUMA disini 



Opss terlebih plak 1, tajuk tulis 8 je kan.. ? hehe biasalah saya memang suka bagi lebih untuk anda yang suka belajar.. orang putih kata More U give More U get back ..


jika tips ini bermanfaat untuk anda dan ahli rangkaian anda boleh SHARE dengan klik button di bawah..
sila komen jika ada sebarang cadangan dan Soalan ..



ikhlas,
broFami Samuni
Servis Center Kundang
IDP : 373089 / 591520


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...