Tuesday 3 November 2015

Kenapa proses port in simkad Tone Excel anda gagal

Jika anda ingin mengekalkan no talian di telco lama anda ke dalam simkad Tone Excel tetapi tidak berjaya, anda boleh meminta supaya upline anda yang berpangkat JC, SC & BC untuk semakkan..

ada beberapa kod nombor yang akan di perolehi..
jadi disini saya kongsikan kepada anda senarai Kod-kod Reject dalam proses Port ini dalam blog ini..



Maksud kod-kod reject dlm proses MNP (port in) SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah. Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP. SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah. Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP. SP12 – Nombor ID polis/tentera salah. Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP. SP13 - Nombor Passport salah. Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP. SP51 - Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal. Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut. SP52 - Mempunyai akaun tertunggak. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP. SP54 - Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut. SP55 - Nombor telah tiada perkhidmatan. Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi. SP56 - Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line). Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan Remark/Resolution Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut. SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama. Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut SP59 – Melebihi had Kredit. Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa. SP61 - nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela. Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

ikhlas,
broFami Samuni
Servis Center Kundang (Sg. Buloh )
013-5951358
 IDP : 373089 / 591520

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...